Boleh layari juga kat sini: http://www.srp.com.my
KUALA LUMPUR - Skim Rumah Pertamaku, yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, semalam menarik penyertaan lebih daripada 20 institusi kewangan, termasuk institusi kewangan Islam.
Najib berkata, skim itu yang menjadi inisiatif kerajaan dengan kerjasama Cagamas Bhd dan institusi kewangan, dilaksanakan bagi mengurangkan beban golongan muda yang menghadapi masalah kos sara hidup serta harga hartanah yang tinggi di lokasi tertentu di Malaysia.
“Ini juga akan membantu golongan muda di Malaysia memiliki rumah pertama mereka dengan cepat,” kata Najib pada pelancaran Skim Rumah Pertamaku itu, di sini semalam.
Melalui skim ini, individu terutama golongan muda yang berpendapatan bulanan kurang daripada RM3,000 boleh mendapat pinjaman 100 peratus daripada institusi kewangan terpilih untuk membeli rumah berharga antara RM100,000 dan RM220,000 dengan tempoh pembayaran sehingga 30 tahun.
“Ini bermakna, kerajaan melalui Cagamas akan menjamin bayaran pendahuluan atau wang deposit sebanyak 10 peratus kepada pembeli rumah berkenaan.
“Diharapkan skim ini juga akan menggalakkan pemaju perumahan membina lebih banyak rumah mampu milik untuk rakyat Malaysia,” katanya.
Ketika pembentangan bajet 2011, Perdana Menteri turut mengumumkan beberapa inisiatif untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat pada tahun lepas.
Ini termasuk peruntukan sebanyak RM568 juta untuk membina 300 unit menerusi Projek Bantuan Perumahan Bandar, 79,000 unit menerusi Program Perumahan Rakyat dan 8,000 unit dalam Projek Bantuan Rumah Sewa.
“Peruntukan tambahan sebanyak RM50 juta disediakan, khususnya untuk membantu pekerja estet miliki rumah dalam Skim Pembiayaan Perumahan Kos Rendah,” katanya.
Najib meminta agar semua institusi kewangan yang terlibat di bawah skim terbabit mempermudahkan segala urusan pembiayaan bagi membolehkan golongan muda memiliki rumah pertama mereka.
“Saya amat berharap segala urusan berhubung dengan skim ini dipermudahkan institusi kewangan dan bukanlah sebaliknya.
“Mungkin skim ini tidak boleh memberi keuntungan yang besar kepada institusi kewangan tapi ini adalah satu skim yang amat bermakna kepada rakyat,” katanya.
Najib turut mempelawa mana-mana bank yang belum menyertai skim ini supaya melibatkan diri dengan inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat Malaysia dengan sepenuhnya.
Beliau juga berharap skim ini juga akan menggalakkan pemaju supaya membina lebih banyak rumah mampu milik untuk rakyat di Malaysia. - Bernama
6 comments:
skim yg hangat diperkatakan kini :)
hangat abes...
memang menarik...!!
pagi2 dah heboh benda ni diperkatakan..
menarik ler ..
Bagus beli umah nih. aset masa depan..:)
ada ke umah harge dalam range tuh?
huhuhu... poning gak pikio kalo nk membeli umah..
Post a Comment