Nak Souvenier best?

Nikah Di Masjid. : ISU

~Semalam banyak juga baca entry-entry tentang Nikah Di Masjid ni. Menjadi satu isu yang agak hangat. Akhirnya terbitla kenyataan sepert dalam Akhbar Kosmo ni kan. Maka, tidak salah jika Nikah Di Masjid.

ALOR SETAR - Majlis akad nikah sah dilakukan di mana-mana sahaja termasuk masjid selagi ia tidak mencemarkan kesucian institusi itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom memberitahu, pemilihan masjid sebagai lokasi upacara akad nikah mampu menjimatkan wang dan masa apabila diadakan setempat.

Menurutnya, ia juga memudahkan tugas imam yang menjalankan upacara akad nikah lebih daripada sekali pada hari yang sama.

“Perkara ini perlu dilihat secara keseluruhan untuk memberikan kemudahan dan kesenangan kepada masyarakat dalam keadaan negara yang semakin kompleks dan meningkat maju,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Lembaga Tabung Haji 2010 kepada Jawatankuasa Zakat Kedah di Istana Anak Bukit di sini semalam.

Betul juga kan, jika berpuluh pasangan nak Nikah pada hari yang sama, penat la Pak Imam nak bergerak ke sana ke mari.. Lepas tu kena jamah hidangan.. Penuhle perut Pak Imam tu ye... Nak nak pula kalau tarikh cantik.. macam 11.11.2011 nanti.. hehe..

14 comments:

ZWAN SABRI said...

Aiseyh, nikah kat masjidla best.. masjid kan umah Allah.. baru ada keberkatan.. kan? kan? ;)


MySuaraBlog: Tidur Siang Itu Bagus

Hafriz Mohamad said...

rasenye yg jd isu.. si artis 2 brcium dlm msjid lpas aqad nikah. itu yg jd prsoalan..

wallahua'lam.. aku pn x brape pasti sgt.

afifah said...

tp..rse2 cm nak nikah kat rumah la~ ( xpdn ngn umor.. )

Bunga said...

nak nikah kat masjid..senang..lagipom cian kat tok kadi..hehee..

tapi xkisah nikah mana..asal nikah..kan..kan..

attyfir said...

ada gak dengar pasal isu nie..semalam kat radio.

Anonymous said...

macam2 isu yg dibangkitkan skang ni...hurm,,

suria lekatlekit said...

ada jugak baca paper pasal isu ni. Rasanya benda ni tak perlu jadi isu pun.. takde keburukkan pun nikah kat masjid.. cuba jadikan isu pasangan pengantin yg nak akad nikah tu lebih2 lg perempuan berpakaian nikah yg rasa tak berapa nak kena dalam masjid dengan bawa bunga pegang.. kan dah mcm org kristian sedangkan kita masuk masjid bukan gereja..

BE BARU BUKTI HEARTBEAT BUKAN SAINGAN NUFFNANG

azzey said...

Alhamdulillah sbb saya dulu pun nikah kat masjid...:)

Park Min Rin said...

memang tak menjadi masalah akad nikah di masjid... tapi aurat dan adab pengantin dan juga tetamu perlu dititik beratkan.. jangan ambil mudah.. masuk masjid mestilah dalam keadaan bersih dan menutup aurat.. wallahualam

~ diyana nordin ~ said...

x slh sbnrnyer akad nikah kat msjid.. yg menjadi slh ble ade golongan yg x tahu nk jg adab sopan mse duk dlm rumah Allah.. cntohnyer mcm artis indon yg kawen kelmarin.. x perlu la nk cium mulot dlm msjid kan..isu aurat pon kne jge.. kdg2 pengatin dh cantik tutup.. tp yg pengunjung dtg terdedah jgk..

amirah said...

tetiba lak timbul isu ni..ermm

Afuan Shah said...

kawen di masjid..is better lah...kat umah ready kenduri..sonang kojo..

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

dah bace penerangan ustaz love kat mz...
best...

Urology Surgery in India said...

Thanks for sharing post – much appreciated and now following you! Looking forward to your Post....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...