Nak Souvenier best?

Rasa Nak Pegi Universal Studio Singapore?

~Selesai baca berita ni, terus rasa teruja nak pergi sini.. Nak simpan cita-cita g sini la.. Impian dulu.. kemudian, boleh la menjadi kenyataan.. mestila ada usaha. contohnya, simpan duit ke.. bagitau mak ayah ke(usaha juga tu..), bodek suami ke, bodek bos ke(wat family day kat situ..)..

KUALA LUMPUR – Resort World at Sentosa Pte. Ltd. (RSW) melihat tahun 2011 sebagai satu tahun yang rancak dengan pembukaan pelbagai tarikan terbaru di Resort World Sentosa, Singapura.

Sehubungan itu, Penolong Pengarah Komunikasinya, Robin Goh optimis terhadap bilangan pengunjung ke destinasi popular itu akan bertambah lebih daripada 15 juta orang yang dicapai pada tahun ini.

Menurutnya, antara faktor pendorongnya ialah pembukaan dua buah hotel, dua tarikan di taman tema, Universal Studios Singapura (USS) dan Muzium Xperimental Maritim yang dijadualkan dibuka menjelang akhir tahun ini.

“Tarikan Madagascar dijangka dibuka dalam masa terdekat, manakala Muzium Xperimental Maritim dan tarikan Transformers masing-masing menjelang pertengahan dan akhir tahun ini.

“Kami juga akan membuka Hotel Equarius dan Spa Villas pada akhir tahun ini atau awal tahun depan yang seterusnya akan melengkapkan enam hotel di sana yang mana masing-masing menawarkan pengalaman unik kepada para pengunjung Resort World Sentosa,” katanya pada satu taklimat media di sini baru-baru ini.

Mengulas lanjut mengenai Muzium Xperimental Maritim, Goh berkata, ia menyediakan pengunjung pengalaman merasai laluan dagangan, Laluan Sutera, Laksamana Cheng Ho dalam empat dimensi (4D).

4 comments:

::Budak Degil:: said...

KRU kate nak bukak studio kat cyberjaya kan?..setanding omputih n singapore jugak la kan..

Unknown said...

mmg teringin sgt nak gi sana. bwk anak2 mesti best, kan? entah bila lah nak sampai nih...

atuk said...

Assalamualaikum Nur

tenguk kekawan blog pergi sana, memang seronok
Insyaallah
kita jumpa disana

Wassalam

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

teringin nak g sane gak...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...