Persoalan yang sering bermain diminda tatkala nak menghadapi waktu-waktu makan. Bukan sahaja di rumah, malah di kedai-kedai makan juga. Penting ke kombinasi lauk-pauk untuk menjadikan sesuatu hidangan tu menyelerakan?
Mestila penting kan?.. Yelah, kalau tak, pasti dah tak ada klasifikasi jenis masakan. Contohnya, masakan Kampung Style, Masakan Barat dan sebagainya... Kalau nak makan sesuatu jenis masakan, mesti dah tercongak kat minda ni nak g makan kat mana.. Bagi contoh.. nak makan Lunch Ala Kampung.. mestila pergi Gerai Pak Samad. Teringin nak cuba Halal Chinese Dinner, pilihla kedai Pak JACKIE CHAN Abdullah.. begitulah seterusnya. (nama hanya rekaan ye).
Kalau kombinasi lauk-pauk, ada ke yang jenis masak/ makan pakai campur je.. Makan nasi putih, ulam- ulaman.. Tetiba kuah Mushroom Soup.. Erk, tak sesuai lak kat tekak ni ye..
Apa pilihan hidangan kawan-kawan yang biasa ye?.. Peribadinya, kebiasaan lauk pilihan, kalau nasi putih: daging masak merah, kailan ikan masin dan telur dadar.. Air sejuk: Nikmatnya.. Lapar la pulak. Jom lunch sama-sama.
5 comments:
cube makan sambal belacan ngan chcknchop. pelik x?he3
mari lunch..nasi ngn ikan talapia merah masak sambal je :)
jgn pelik sgt hehehe
selalu kalau makan nasiputih+tomyam+kerabu ikan bilis+ kailan ikan masin
nasi putih+gulai lemak labu+ ikan masin
tetoba lapar duk senarai menu makanan ni hehe
dapat sambal udang petai layan gak...
Post a Comment