Nak Souvenier best?

Selamat Hari Polis./ Pengalaman.

Rata-rata ramai yang buat entry tentang hari polis. Nak la juga mengucapkan Selamat Hari Polis kepada semua pekerja kepolisian di 1MALAYSIA ni. Ada antara kawan-kawan blog ni yang ada kaitan dengan Polis?.. (Bangga lah kerana menjadi sebahagian benteng keamanan negara- fuhh patriotik abis.)

Pengalaman dengan Polis?..
  • Pernah termasuk dalam senarai cita-cita masa sekolah.
  • Kagum dengan Polis wanita sebab sangat smart tengok cara pemakaian seragam terutama bila ada yang bertudung.
  • Kalau drama-drama kat TV tu, mesti la tonton olahan dari DYH.. Dia kan pelopor.. (Miss nak tengok rancangan Astana yang siarkan tentang rumah besar beliau tu..)
  • Bila nampak kelibat polis, mesti rasa berdebar walaupun tak buat salah.. (kenapa ye.. adakah sebab dari kecil lagi ditanam sifat supaya takutkan polis)
  • Pernah dahulu kala (masa berfikiran sempit)- melabel anak2 polis ni.. tak masuk geng dengan mereka..(sebab bapak diorang polis kot..takut).. Sekarang.. belasah aja.
  • Dah la. banyak tu.. Apa kata kawan-kawan pula.

Selamat Bertugas kepada semua Polis.
Selamat Hari Polis.

2 comments:

JunAina said...

selamat hari polis jugak buat pak tuan! macam mana leh lupa nak ucapkan kat suami sendiri...hahahaa...

Miecyber said...

Polis penting dalam menjaga keamanan dalam negara kita...


RAM & ROM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...