Nak Souvenier best?

Terima kasih Tuan Haji../ Resepi sup Cendawan..

Terima kasih Tuan Haji kerana sudi membaca blog ni..
Kali ni Tuan Haji berkongsi tips penjagaan kereta. Untung juga ada kenal ramai kawan- banyak panduan tentang banyak perkara yang boleh dipelajari. Kawan-kawan ada masalah tak masa bawa kereta, dan mendapati stereng kereta tu bertambah berat.. Nak tahu puncanya?.. Boleh la membelek-belek blog : http://atuk-phd.blogspot.com/

Jom kawan-kawan kita pekena sup cendawan..

Bahan-Bahan:

  1. 100gram bawang besar(dipotong dadu)
  2. 1 sudu besar mentega
  3. 300gram cendawan butang (dihiris)
  4. 1 sudu makan tepung jagung
  5. 1/2 kiub ayam
  6. 1 cawan air
  7. 1 cawan susu segar
  8. Garam secukup rasa

Cara Membuatnya:

  • Cairkan mentega didalam periuk dan tumiskan bawang
  • Masukkan cendawan dan tumis 2 hingga 3 minit
  • Bancuh tepung jagung dengan sedikit air dan masukkan kedalam periuk
  • Masukkan air, garam dan kiub ayam. Biarkan mendidih
  • Masukkan pula susu dan kacau
  • Apabila sudah mendidih. Padamkan api dan biarkan sejuk
  • Setelah itu, kisarkan sup sehingga cendawan sedikit hancur
  • Kemudian masukkan kembali sup ke dalam eriuk dan masak semula sehingga pekat
  • Sedia untuk dihidangkan
sumber: asapdapur dot com.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...