Nak Souvenier best?

Berkira-kira pergi pulau?.. Tak Jadi?

~Lepas baca berita ni... mengejutkan juga.. Alhamdulillah tiada yang terkorban..

BESUT - Seramai 37 penumpang termasuk tiga pelancong asing melalui detik-detik cemas apabila terpaksa terjun ke laut selepas bot penumpang yang mereka naiki terbakar sebelum karam.

Kejadian pada pukul 10.45 pagi itu berlaku kira-kira empat batu nautika dari Timur Laut Kuala Besut iaitu selepas 20 minit bot itu meninggalkan Jeti Kuala Besut menuju ke Pulau Perhentian.

Selain tiga pelancong warga asing bersama seorang rakan warga tempatan, turut berada dalam bot itu adalah 33 ahli rombongan dari Melaka berserta seorang jurumudi dan dua pekerja bot terbabit.

Akibat kejadian itu seorang ahli rombongan dari Melaka, Nurizam Hasan, 38, melecur di kedua-dua belah tapak tangan dan muka manakala sepasang suami isteri berusia 30-an daripada rombongan itu pula mengalami sesak nafas.

Ketiga-tiga mangsa itu kini dirawat di Hospital Besut di sini manakala mangsa-mangsa lain menerima rawatan sebagai pesakit luar di hospital sama.

Seorang mangsa, Arman Arshad, 34, berkata, rombongan dari Melaka itu yang sedang dalam percutian sempena cuti sekolah disertai seramai 17 kanak-kanak berusia antara lapan hingga 12 tahun.

Turut serta dalam rombongan dari Melaka itu ialah 16 orang dewasa iaitu sembilan wanita dan tujuh lelaki.

Tiga pelancong warga asing itu pula berasal dari United Kingdom dan dalam jadual melancong ke Pulau Perhentian.

sumber kosmo..
ALL IN ONE

KLIK UNTUK HADIAH iPAD PERCUMA!!!

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

3 comments:

~aRniNaDrah~ said...

alhamdulillah masa pergi hari tu tak jadi apa2.. risau juga masa balik tak pakai life jaket sebab x cukup.. *huhu*

MOMMY CGG said...

huhu syoknye

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

alhamdulillah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...