RAUL Dos Reis Lemos. Sukar benar menyebut nama lelaki pilihan jiwa Kris Dayanti (KD) ini. Mungkin sesukar itu juga wanita berusia 36 tahun itu meyakinkan khalayak bahawa lelaki yang berasal dari Dili, Timor Leste itu merupakan insan terbaik sebagai suaminya.
KD kini sah menjadi rusuk kiri lelaki yang terkenal dengan panggilan Raul Lemos dalam satu majlis akad nikah di Masjid Sahid Nurul Iman, hari ini.
"Saya bersedia menjadi isteri buat Raul Lemos di sebalik pandangan skeptikal serta penghinaan yang ditujukan kepada hubungan ini," kata KD sewaktu ditemui selepas majlis khatam al-Quran dan tazkirah perkahwinan yang diadakan di rumahnya.
Tidak mahu ketinggalan berkongsi bahagia yang terpancar di wajah ayunya, KD mempelawa penulis menyaksikan sendiri hari bahagianya itu.
Diva ini bakal mengikut suaminya jauh ke Timor Leste, membiasakan diri bergelar nona kepada seorang usahawan hebat negara itu.
Lebih romantik, pasangan yang berencana menghabiskan tempoh bulan madu di Lisbone, Portugal ini bakal berkongsi hidup di sebuah banglo di tepi pantai di Dili. Bunyinya indah dan bahagia, mungkin itu yang dicari-cari selebriti kelahiran program realiti Asia Bagus ini.
7 comments:
Assalamualaikum Nur
Insyaallah
kali ini lebih baik drp yg dahulu
Wassalam
dah kawin ker..mana gambar nya
semoga KD bahgia..ramai orng tak suka sbb dia menghancurkan umah tangga sendiri n orng lain..so sendiri mau ingt la dunia ni berputar..wat goes around will come around (tah betul tak ayat aku ni)
owh da kawen..seb bek ade entry ni
moga jodoh lebih baek skang...
moga jodoh berkekalan
Thanks for sharing post – much appreciated and now following you! Looking forward to your Post....
Post a Comment