Nak Souvenier best?

Gambar Kris Dayanti Kahwin.

~Akhirnya jodoh dah tertulis di situ. Apa pun tahniah buat Kris.. Sangat menyukai lagu-lagu dendangan beliau.. Sedap bait-bait lirik serta susunan muziknya..

Kawan-kawan suka tak Kris Lemos ni?.. Macam janggal pula nak panggil Kris Lemos.

RAUL Dos Reis Lemos. Sukar benar menyebut nama lelaki pilihan jiwa Kris Dayanti (KD) ini. Mungkin sesukar itu juga wanita berusia 36 tahun itu meyakinkan khalayak bahawa lelaki yang berasal dari Dili, Timor Leste itu merupakan insan terbaik sebagai suaminya.

KD kini sah menjadi rusuk kiri lelaki yang terkenal dengan panggilan Raul Lemos dalam satu majlis akad nikah di Masjid Sahid Nurul Iman, hari ini.

"Saya bersedia menjadi isteri buat Raul Lemos di sebalik pandangan skeptikal serta penghinaan yang ditujukan kepada hubungan ini," kata KD sewaktu ditemui selepas majlis khatam al-Quran dan tazkirah perkahwinan yang diadakan di rumahnya.

Tidak mahu ketinggalan berkongsi bahagia yang terpancar di wajah ayunya, KD mempelawa penulis menyaksikan sendiri hari bahagianya itu.

Diva ini bakal mengikut suaminya jauh ke Timor Leste, membiasakan diri bergelar nona kepada seorang usahawan hebat negara itu.

Lebih romantik, pasangan yang berencana menghabiskan tempoh bulan madu di Lisbone, Portugal ini bakal berkongsi hidup di sebuah banglo di tepi pantai di Dili. Bunyinya indah dan bahagia, mungkin itu yang dicari-cari selebriti kelahiran program realiti Asia Bagus ini.


KENANGAN perkahwinan yang gagal bersama Anang biarlah berlalu dan hari ini, Kris Dayanti sekali lagi menjunjung status isteri orang, isteri kepada lelaki kedua dalam hidupnya, Raul Lemos.




7 comments:

atuk said...

Assalamualaikum Nur

Insyaallah
kali ini lebih baik drp yg dahulu

Wassalam

- zuriey - said...

dah kawin ker..mana gambar nya

dyea irdina said...

semoga KD bahgia..ramai orng tak suka sbb dia menghancurkan umah tangga sendiri n orng lain..so sendiri mau ingt la dunia ni berputar..wat goes around will come around (tah betul tak ayat aku ni)

::p0t pEt iLa:: said...

owh da kawen..seb bek ade entry ni

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

moga jodoh lebih baek skang...

Liza @ Adzriel AB said...

moga jodoh berkekalan

Urology Surgery in India said...

Thanks for sharing post – much appreciated and now following you! Looking forward to your Post....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...