Nak Souvenier best?

Pergerakan Bulan Punca Tsunami Jepun?

~Inikah yang dikatakan fenomena Supermoon itu?.. Bukan supermom ye..

LONDON - Tsunami yang melanda pantai timur Jepun berlaku dua hari selepas beberapa saintis memberi amaran mengenai pergerakan bulan yang boleh menyebabkan bencana alam di Bumi, lapor sebuah akhbar semalam.

Pergerakan bulan itu yang digelar adi bulan, diramalkan berlaku pada 19 Mac ini apabila bulan berada paling rapat dengan Bumi sejak tahun 1992.

Ketika itu, jarak bulan dan Bumi sekitar 354,507 kilometer berbanding 384,403 kilometer pada hari-hari biasa.

Pada kedudukan tersebut, daya graviti bulan adalah sangat kuat dan dikhuatiri boleh mencetuskan bencana alam seperti gempa bumi, tsunami dan letusan gunung berapi. Ahli astronomi Amerika Syarikat (AS) Richard Nolle percaya pergerakan bulan itu mencetuskan bencana di Bumi.

"Fenomena itu memiliki kaitan sejarah dengan ribut kencang, air pasang besar dan gempa bumi," katanya dalam satu wawancara dengan stesen ABC minggu ini.

Fenomena itu pernah berlaku pada 1955, 1974, 1992 dan 2005. Bencana tsunami yang menyebabkan 200,000 orang di Indonesia terbunuh itu melanda dua minggu sebelum fenomena bulan berada dekat dengan Bumi pada Januari 2005. - Agensi


3 comments:

Gen Fujita said...

Ada kemungkinan jugak. Dalam keadaan biasa graviti bulan sendiri mempengaruhi keadaan pasang surut air laut, kalau kedudukan dia dekat, mungkin ada perubahan terhadap fenomena. Gunung berapi di Sulawesi pun baru meletup semalam, check it out.

c-tea said...

betul jugak kot....kemungkinan kematian tsunami kat jepun memandangkan kepadatan penduduk di negara matahari terbit tersebut.

Cik Ila said...

nauzubillah...semoga Malaysia tetap aman dan selamat...huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...