Nak Souvenier best?

Takkan Gemok Punye..

Kalau dah memang rangka badan tu kecil, memang takkan gemuk punyela kan.. Buatla macam mana pun.. sebab dah genetik.. Kecuali kalau pakai kostum macam Erra Fazira pernah buat dalam cerita Cinta Kolesterol..
Atau dengan cara di bawah ni..

Ektomorf

“Keadaan genetik pemilik bentuk badan ektomorf tidak dapat diubah sebaliknya boleh dibantu dengan meningkatkan pertumbuhan otot.

“Golongan ini sukar untuk menambah berat badan dan perlu berusaha lebih,” kata Kevin yang sering memberi nasihat melalui laman webnya, kevinzahri.com.

Perkara utama yang diambil kira dalam membentuk otot badan adalah pemilihan jenis dan kuantiti makanan yang betul, aktiviti kecergasan dan makanan suplemen.

Menurutnya, orang kurus tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada suplemen kerana ia hanya sebagai perangsang untuk membantu pertumbuhan otot.

“Latihan bebanan di gimnasium membantu menambah berat melalui pembentukan otot dan menjadi lebih sasa.

“Tidak kira lelaki atau wanita, latihan ini amat perlu untuk menambah berat badan dengan syarat ia dilakukan secara berterusan.

“Sama ada seseorang itu ingin menambah atau mengurangkan berat badan, kita perlu makan di antara lima hingga enam hidangan sehari yang mengandungi karbohidrat, protein dan lemak.

“Perlu diingat, suplemen hanyalah bahan rangsangan untuk pertumbuhan otot dan bukannya alat untuk menambah berat badan.

“Tanpa latihan dan makanan yang teratur, suplemen tidak memberi sebarang kesan,” katanya yang mempunyai pengalaman selama 10 tahun dalam dunia kesihatan kecergasan.


7 comments:

Atsuko said...

tapi kurus tak semestinye sihat...
uh!! nak kurus,,,,
da gemok sgt nih...huhuu

suria lekatlekit said...

mcm kita la.. dah kecik.. susah nak besar. kekekekeke

NAK BELI BUMI SEDIAKAN RM14,844 trilion

Nora Shahaira said...

hu..akak nak kurus aa tahun ni..

HB hb HB

atuk said...

Assalamualaikum Nur

macam saya makan 10x sehari pun tak boleh gemuk...tapi tak mahu gemuk la...he he...

Wassalam

Miss PIJAOSIX said...

salam nur,

better elakkan gemuk sebab byk benda tak elok terutama dr segi kesihatan..:)

azzey said...

Untung org yg badan kecik ye...

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

untung sape jenis kecik nieh...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...