Nak Souvenier best?

Teruk sangat ke hospital kerajaan Malaysia..


Kalau gaji cukup-cukup makan, tak usahlah menabung bagai nak rak sebab nak guna servis swasta. Contoh, hospital. Katakan mengandung. Tak nak bersalin di hospital kerajaan. Takut katanya. Nak takut apa? Takut misi marah? Marahlah misi balik. Takut jadi apa-apa pada anak atau isteri? Kalau dah sampai ajal, di mana-mana pun boleh jadi. Apa? Kemudahan tak cukup? Teruk sangat ke hospital kerajaan Malaysia sampai tak cukup kemudahan? Apa lagi alasan? Tak ada prestij? Memang ngok dan bongok! Duit yang kamu menabung itu adalah lebih elok kalau simpan di dalam tabung pendidikan untuk anak

Dipetik dan memetik dari TIP STABILKAN EKONOMI KELUARGA dari MommyFara. Idea sempoi tapi berkesan. Silalah baca dan harapan agar kita dapat sesuatu dari penulisan itu. Peringatan sebegini sesuai untuk mereka yang sering mengeluh DUIT TAK CUKUP. Tapi sebenarnya salah sendiri kerana tidak bijak dalam mengurus.. ye la.. Nafsu membeli yang meninggi dalam diri tu hanya diri sendiri yang boleh kawal kan?.. (Terkadang diri sendiri ni pun tersasar juga mengikut nafsu.. hehe..harus dielakkan pada masa hadapan.)

Kawan-kawan yang ada tips lain boleh juga berkongsi di sini.. Jika ada yang menarik, akan dikongsi juga dalam entry-entry mendatang. Sebagai peringatan dan panduan untuk diri sendiri dan rakan taulan..

13 comments:

attyfir said...

sekarang hospital kerajaan dah besh kot..

kty dulu 3-3 anak bersalin gomen..okeh je..janji kita tak banyak songeh

~miss dyana~ said...

Rasanya x lah sume hospital kerajaan servisnyer teruk..tp nk wat cne,dah mentaliti rakyat Malaysia berfikiran yg hospital² gomen ni layannyer cm haremm..x gtu?

Nisa' Pasir Gudang said...

~no komen :(

Mek Rose said...

yup. sokong 100%. pernah gak nak bersalin kat private. tp bla fikir.baik simpan duit tu for tabung pendidikan anak2..teruatama education package under insuran dia tu. hohoho

Unknown said...

rasanya bergantung pada wad kelas tak?
klu 1st dan 2nd class ...ok la...
tpi yg biasa2 tu mungkin staf nurse tak cukup...dan pesakit ramai...tu yg stress nak layan kerenah...
waallahualam...

Liza @ Adzriel AB said...

atas kita juga sebagai yg menghuni wad. bila nurse wat dek sikit dah nak angin, depa pun manusia juga. so beralah sikit & ceria sikit, insyaallah ok. experience dok wad sebab mabuk. depa kata nurse situ garang, ok je. tapi 5 anak semua kat swasta coz hubby ada bajet ofis.

Unknown said...

hish tak mo cakap gitu...jijah keje hospital gomen..ok ja layanan kami..
cuma biasalah dorang ni demand sgt...nak layan 24jam...keje misi pon banyak jugak...
kami lebih pentingkan yg betul2 sakit di dahulukan...
wallahualam :D

suria lekatlekit said...

Nurse garang.. aritu sy kena marah masa buat check up.. sy tanya elok2 sbb takde pengalaman pregnant kan.. tp jawapan kerek je nurse tua tu. dah tua mcm tak jelas jer. nak tak nak jer dia cakap. Malas nak buat isu kat blog.. kang ada nurse lain terasa tp maybe faktor2 tu kot org pergi swasta.

solomolo said...

kena banyak bersabar bile pergi spital kerajaan nie... nak kena pandai pilih spital kerajaan...tak semuanya tak elok...ade gak yg swasta servis teruk macam ampang puteri...


jom sertai 5 blog paling kerap dilawati 2011...

entry terbaru >
http://solomolo.blogspot.com/2011/03/5-blog-paling-kerap-dilawati-2011.html

amirah said...

rasanya dua-dua pun ada pro dan cons..yakin dan berdoalah agar urusan kita dipermudahkan..itu jela

Sheherazade said...

not that bad :)

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

bg pendapat sendiri...
layanan maseh hancus...

Tasha said...

IM SERIOUSLY HAVE A LOT TO SHARE N TELL U... EVEN GAJI X SEBERAPA... LAH KAN... XPERLU LA DLAYAN MACAM ANJING.. BUAT HOSPITAL BESAR TP MACAM BODOH BUAT APA? NI PERKHIDMATAN YG TERUK...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...