Nak Souvenier best?

Idea Facebook Dicuri?.. Hutang 1.6 Billion!

~Macam mana nak buktikan sesuatu idea tu dicuri ye?..

LONDON - Sepasang kembar lelaki, Cameron dan Tyler Winklevoss dari Amerika Syarikat (AS), mendakwa pengasas laman jaringan sosial Facebook, Mark Zuckerberg berhutang dengan mereka sebanyak £310 juta (RM1.5 bilion).

Dalam wawancara dengan sebuah akhbar Britain yang disiarkan kelmarin, pasangan kembar tersebut menyuarakan perasaan tidak puas hati kerana mereka yang bersusah payah mencipta laman web jaringan sosial tetapi Zuckerberg, 26, dan Facebook pula yang mendapat nama.

"Kami tidak bencikan Mark Zuckerberg. Kami cuma kasihankan dia kerana kami berpendapat dia tidak dapat membezakan perbuatan yang bermoral dan yang tidak bermoral," kata Cameron.

Dia membuat komen tersebut ketika ditanya tentang keputusan mereka untuk sekali lagi menyaman Zuckerberg di mahkamah AS bagi menuntut ganti rugi £310 juta kerana mendakwa pemuda itu mencuri idea mereka untuk mencipta Facebook.

Sebelum ini, pada tahun 2008, pasangan kembar itu bersetuju untuk menyelesaikan persengketaan mereka di luar mahkamah dengan Zuckerberg bersetuju membayar mereka £12.4 juta (RM61 juta) dalam bentuk wang tunai dan £28 juta (RM138 juta) lagi dalam bentuk saham Facebook

3 comments:

lady-D said...

ye ker??mcm2lah..FB dah femes mestilah rs x puas hati kan..

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

bila xsenang tgk org dah berjaya....

Miera Hassan said...

betul ke ni?haish..bila dh femes, mcm2 lak yg nk dtg.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...